Senin, 21 Mei 2012

yahudi

Adat-adat dan undang-undang penganut Yahudi

Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Torah yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga disunat (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Abraham dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar